PERKAMPUNGAN ANAK YATIM & ASNAF
Pertubuhan Al-Fakeh Selangor atau panggilan AL-FAKEH telah ditubuhkan & didaftarkan secara rasmi pada 10hb Januari 2015 dengan Nombor Pendaftaran PPM-00310-10012015.
Cetusan idea PERKAMPUNGAN AL FAKEH lahir atas rasa keinsafan, simpati & rasa tanggungjawab terhadap golongan Anak Asnaf dan Anak Yatim yang hidup terbiar tanpa waris.
Cuba bayangkan sekiranya anak-anak yatim & asnaf ini menjalani kehidupan bersama mereka di satu tempat. Sama-sama membangunkan,berjuang dan memajukan kebajikan mereka di tanah mereka sendiri.
Seronok tak kalau dapat tengok anak-anak yatim & asnaf ini hidup gembira, selesa dan selamat dimana segala kebajikan mereka terjamin dan dijaga di dalam sebuah kawasan yang dikhaskan untuk mereka sahaja.

Atas dasar inilah AL-FAKEH berhasrat untuk membangunkan sebuah Perkampungan AL-FAKEH bagi menjaga kebajikan & membela golongan ini.

USAHA YANG DULUNYA HAMPIR TERKUBUR, BERJAYA DIHIDUPKAN SEMULA.

Kalau dahulu, projek perkampungan ini tergendala dan terbiar seperti ini.
Namun kini..



Alhamdulillah, pembinaan perkampungan Al-Fakeh sudah selesai Fasa 1 yang berjaya menyiapkan tiga unit Chalet Studio Room dan semua ini atas usaha sumbangan ikhlas anda selama ini.


Alhamdulillah, hasil sumbangan orang ramai, pembinaan Perkampungan Al-Fakeh kini telah memasuki Fasa 2.
Pembinaan Fasa 2 akan menumpukan untuk membina
DEWAN MAKAN DAN SURAU


Untuk Fasa 2 ini pihak kami akan lebih menumpukan untuk membina Dewan Makan untuk penghuni di sini. Seterusnya pihak kami akan membina sebuah Surau pula di sini supaya penghuni di sini dapat beribadat secara berjemaah dan dapat melakukan aktiviti pengajian ilmu agama di sini.


Dalam hal ini, adalah menjadi harapan kami sekiranya Tuan/Puan yang pemurah dapat menyumbang seikhlas hati dan secara langsung telah melibatkan diri dalam projek pembangunan perkampungan Al-Fakeh ini.
Kami yakin ianya akan menjadi saham akhirat Tuan/Puan.
Semoga ianya dapat direalisasikan dengan izin Allah SWT. Insyaallah.
“Sebagaimana sabda Rasulullah SAW, ‘Sedekah itu tidak akan mengurangi harta. Tidak ada orang yang memberi maaf kepada orang lain, melainkan Allah akan menambah kemuliaannya. Dan tidak ada orang yang merendahkan diri karena Allah, melainkan Allah akan mengangkat derajatnya.'”
(HR. Muslim)