PEMBINAAN PERKAMPUNGAN AL-FAKEH FASA 2

PEMBINAAN PERKAMPUNGAN AL-FAKEH FASA 2

Assalamualaikum wbt Tuan/Puan,


Pertubuhan Al-Fakeh Selangor atau panggilan AL-FAKEH telah ditubuhkan & didaftarkan secara rasmi pada 10hb Januari 2015 dengan Nombor Pendaftaran PPM-00310-10012015.


AL-FAKEH adalah cetusan idea yang lahir atas rasa keinsafan, simpati & rasa tanggungjawab sosial terhadap golongan Anak Asnaf, Anak Yatim & Warga Emas yang hidup terbiar tanpa waris. 


Atas dasar inilah AL-FAKEH berhasrat untuk membangunkan sebuah Perkampungan AL-FAKEH bagi menjaga kebajikan & membela golongan ini.



Lakaran Perkampungan AL-FAKEH


Alhamdulillah, hasil sumbangan orang ramai, pembinaan Perkampungan Al-Fakeh kini telah memasuki Fasa 2.


Untuk Fasa 2 ini pihak kami akan lebih menumpukan pembinaan Dewan Makan untuk penghuni. Seterusnya pihak kami akan membina sebuah Surau supaya penghuni di sini dapat beribadat secara berjemaah & dapat melakukan aktiviti pengajian ilmu agama.




Chalet Studio Room Yang Masih Di Dalam Pembinaan


Chalet Studio Room Yang Masih Di Dalam Pembinaan


Chalet Studio Room Yang Telah Siap Dibina


Perkampungan AL-FAKEH Sebagai Rumah Buat Anak-Anak Yatim & Asnaf


Perkampungan AL-FAKEH akan menempatkan anak-anak yatim & anak-anak asnaf yang terpilih atas beberapa faktor seperti kemiskinan atau tiada penjaga.


AL-FAKEH bercadang untuk menyediakan 20 unit penempatan berkonsepkan Chalet Studio Room berukuran 14kaki x 17kaki yang boleh menempatkan 8 penghuni dalam 1 unit Chalet Studio Room ini. 



Lakaran Surau Yang Akan Dibina Di Perkampungan AL-FAKEH


Objektif AL-FAKEH ini agar dapat melahirkan anak-anak asnaf & yatim supaya menjadi insan yang berwibawa & berakhak mulia ke arah membangunkan masyarakat yang mantap dalam ilmu al-Quran sebagai bekalan duniawi & ukhrawi, Insyallah.


Besar harapan kami agar semua anak-anak yang menetap di AL-FAKEH akan keluar menjadi manusia yang berjaya di dunia & akhirat & bersedia mengharungi kehidupan duniawi yang penuh mencabar di masa akan datang.



Tanah Kosong Yang Bakal Didirikan Dewan Makan & Surau


Warga Emas Sebagai Pelengkap Perkampungan AL-FAKEH


Objektif kehadiran warga emas di perkampungan ini menjadi pelengkap bagi anak-anak yatim dan asnaf di sini. Mereka yang tiada waris hidup kesunyian di luar sana. Ada yang hidup sebagai gelandangan. Oleh sebab itu, kami mengalu-alukan kehadiran mereka di sini.


Selain dari mereka dapat tinggal di tempat yang selesa, mereka juga dapat berkongsi kasih sayang dengan anak-anak yatim dan asnaf di sini yang dahagakan kasih sayang kedua ibu bapa mereka yang telah tiada.


Jambatan Kayu Yang Telah Uzur Di Pintu Masuk Perkampungan Di Ganti Dengan Jambatan Konkrit


Lokasi Pembangunan Perkampungan AL-FAKEH


Tapak cadangan ini terletak 4 kilometer dari pekan Sabak Bernam menuju ke Tanjung Malim iaitu sebelum sampai pekan Bagan Terap. Kawasan sekitar tapak cadangan adalah terdiri daripada kawasan perumahan persendirian yang agak jauh di antara satu sama lain.


Tuan/Puan boleh berkunjung ke sini untuk melawat kami di alamat No. 502, Jalan Tanjung Ketom, Batu 4 Sepintas, 45200, Sabak Bernam, Selangor Darul Ehsan. Kami menerima juga sumbangan bahan mentah untuk pembinaan seperti simen, pasir, batu-bata dan lain-lain keperluan pembinaan.



Plan Penuh Perkampungan AL-FAKEH




Penutup


Besar harapan kami sekiranya Tuan/Puan yang dermawan dapat menyumbang seikhlas hati dan secara langsung telah melibatkan diri dalam pembangunan ini. Kami yakin ianya akan menjadi saham akhirat Tuan/Puan. Semoga ianya dapat direalisasikan dengan izin Allah SWT. Insyaallah.



“Sebagaimana sabda Rasulullah SAW,


‘Sedekah itu tidak akan mengurangi harta. Tidak ada orang yang memberi maaf kepada orang lain, melainkan Allah akan menambah kemuliaannya. Dan tidak ada orang yang merendahkan diri karena Allah, melainkan Allah akan mengangkat derajatnya.'”


(HR. Muslim)



Sebarang pertanyaan boleh hubungi kami di talian 016-2341966 Khairul Anam (Pengasas Pertubuhan Al-Fakeh).




Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
SUMBANGAN RM30
SUMBANGAN RM50
SUMBANGAN RM100
SUMBANGAN SEIKHLAS HATI
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN